Lazy Fella Not a Krazy LovVa

IM NOT A HEDONISTIC GUY

Tuesday, November 2, 2010

Dajjal

Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yang ditangguhkan ajalnya (Minal Munzharin). Seperti halnya Nabi Isa AS yang diangkat oleh Allah SWT ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan wafat dan dikuburkan di Madinah al-Munawwarah. Ayahnya seorang yang tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti paruh burung sedangkan ibunya pula seorang yang gemuk dan banyak dagingnya. Menurut Imam al-Barzanji, ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan ayahnya ialah seorang dukun Yahudi yang dikenali dengan nama 'Syaq' manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup pada zaman Nabi Sulaiman dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun, kelahiran dan kehidupan masa kecilnya tidak diketahui dengan jelas.

Sifat Badannya:
Hadith Huzaifah RA katanya, Rasulullah SAW telah bersabda," Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, panjang dan lebat rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya itu merupakan Neraka''.

Ciri dan perawakan Dajjal yang disebutkan dalam hadith Rasulullah SAW:
1. seorang yang kelihatannya masih muda
2. berbadan besar dan kemerah-merahan
3. rambutnya kerinting dan tebal
4. kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yang rimbun
5. tanda yang paling ketara ialah:
-matanya buta di sebelah kiri kelihatan seperti kismis yang kecut
-mata kanan nya tertonjol keluar kehijau-hijauan terkelip-kelip umpama bintang
-tetulis tulisan kafir (ka-fa-ra) di dahinya. Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap Muslim mahupun yang buta huruf.

Mengikut hadith riwayat at-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia MENGAKU SEBAGAI TUHAN. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yang terakhir itu belum ada pada dirinya.

Tempat Dajjal sekarang:
Menurut riwayat "Shahih Muslim", Dajjal itu wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah Pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yang bernama "al-Jassasah". Daripada hadith ini jelaslah bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yang di izinkan oleh Allah SWT untuk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat 'transit' itu ialah di sebelah Timur dan bukannya di Barat.

Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya:
Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada ummat ini, selama 40hari sahaja. Namun begitu, hari pertama seakan setahun lamanya, hari kedua seakan sebulan lamanya, hari ketiga seakan seminggu lamanya manakala hari-hari selanjutnya seperti hari-hari biasa.
Jadi keseluruhan masa Dajjal menyebarkan fitnahnya dan kerosakan itu ialah 14BULAN 14 HARI. Dalam riwayat Muslim ada disebutkan, kami bertanya,' Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini? Nabi SAW berkata,'Ia akan tinggal selama 40 HARI. hari pertama seakan setahun lamanya, hari kedua seakan sebulan lamanya, hari ketiga seakan seminggu lamanya manakala hari-hari selanjutnya(37 hari) sama seperti hari-hari kamu yang biasa. Lalu kami bertanya lagi, 'Wahai Rasulullah SAW! di Hari yang panjang seperti setahun itu apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja? (5 kali sehari). Nabi Muhammad SAW menjawab,'Tidak cukup, kamu mesti mengira hari itu dengan menentukan kadar yang bersesuaian bagi setiap sembahyang'. Maksud Sabda Rasulullah SAW itu ialah supaya kita mengira jam yang berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kita lakukan. Misalnya sudah berlalu 7 jam selepas solat Subuh pada hari itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita solat Zohor, dan apabila telah berlalu selepas solat Zohor itu 3 jam setengah misalnya, masuklah waktu Asar, maka wajiblah kita bersolat Asar dan begitulah seterusnya waktu Solat Maghrib, Isyak dan Subuh sehingga habis hari yang panjang itu sama panjangnya dengan masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan setahun yang kita lakukan. Begitu juga pada hari kedua dan ketiga juga.


Fitnah Dajjal:
Dajjal itu telah diberi peluang oleh Allah Swt untuk menguji ummat ini. Oleh itu, Allah SWT telah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yang luar biasa. Diantara kemampuan Dajjal ialah:

1. Segala kesenangan hidup akan ada dengannya. Benda-benda beku akan patuh kepadanya. Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dengan kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama, hujan yang turun akan berkurangan 1/3 dari biasanya manakala pada tahun kedua, hujan turun akan berkurangan 2/3 dari biasanya. Pada tahun ketiga, hujan tidak turun lansung. Pada masa ini Dajjal akan muncul membawa ujian.
Maka daerah mana yang percaya Dajjal itu tuhan, ia akan berkata pada awan,'Hujanlah kamu di Daerah ini!' maka turunlah hujan dan bumi itu menjadi subur. Begitu juga dengan ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada orang yang bersekutu dengan Dajjal. Manakala penduduk yang tidak mahu bersekutu dengan Dajjal akan tetap berada dalam kebuluran dan kesusahan. Ada diriwayatkan bahawa para pengikut Dajjal akan memiliki segunung makanan sedangkan orang yang tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran. Dalam hal ini, para sahabat Rasulullah SAW bertanya, 'Jadi apakah yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu wahai Rasulullah?' Nabi SAW menjawab,"mereka akan berasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu menggantikan makanan".


2. Ada bersamanya umpama Syurga dan Neraka:
Antara ujian Dajjal ialah kelihatan umpama syurga dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-dua ini bagi menguji iman Uman Islam kerana hakikat yang benar adalah sebalik dari apa yang kelihatan. Apa yang dikatakan neraka itu adalah syurga manakala apa yang dikatakan syurga itu adalah neraka.


3. kepantasan perjalanan dan negeri-negeri yang tidak dapat dimasukinya:
Kepantasan ini tidak terdapat pada kenderaan yang terdahulu. Kalau pada hari ini dapatlah kita mengatakan seperti kepantasan jet-jet perjuang yang digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas dari kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat dijelajah dalam satu jam. Kami bertanya,"Wahai Rasulullah! bagaimanakah kepantasan perjalanannya di atas muka bumi ini?" Nabi SAW menjawab, " Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan 'al-Ghaist' (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang" (HR Muslim)
Namun Dajjal tidak dapat memasuki dua bandar suci umat Islam iaitu:
-Makkah al-Mukarramah
-Madinah al-Munawwarah


4. bantuan syaitan-syaitan untuk mengukuhkan kedudukannya:
Syaitan juga bertukus lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yang terbaik untuk menyesatkan lebih ramai anak cucu Adam AS

WallahuAlamu, sudah bersediakah kita sebagai umat islam untuk menghadapi
DAJJAL?
Sedar atau tidak, kita sudah menghampiri dengan akhir zaman.
Persiapkanlah diri kita.

Sekian terima kasih,
Sumber dari Dajjal clip.

2 comments: