Lazy Fella Not a Krazy LovVa

IM NOT A HEDONISTIC GUY

Saturday, January 15, 2011

Cinta seorang Lelaki.

Ramai perempuan cakap, lelaki tak guna, menjaja ayat manis cuma untuk summer love, lelaki takde perasaan.. Bagi aku, ini semua ayat-ayat untuk perempuan yang kecewa dengan cinta mereka yang tak berjaya.. Macam nilah, kita dua spesis yang berbeza, tapi takde orang tak pernah buat silap kan? Aku mengaku, ada lelaki yang memang jenisnya macam tu, tapi serupalah kaum perempuan, BEZANYA lelaki takde pulak yang nak post kat FB ke Twitter ke bila terkecewa dalam cinta, kan?

Okay, kat sini aku bukan nak bezakan cinta dari kaum mana yang lebih hebat, tapi aku cuma nak tekan kan kat kaum lelaki punya kisah supaya perempuan-perempuan yang baca post aku ni terbuka mata sikit, dan post ni aku cuba kebilkan pengalaman sendiri lah kan walaupon bergelar bujang keranjang, haha. Btw aku tulis post ni sebab aku bosan main dota dengan separoh roomate dah pergi SMAC nye lagi, bapak la bosan.

Lelaki kalau jumpa perempuan yang dia dah kenan, ape yang dia buat? Mustilah nak cuba dekat kan diri, sesetengah lelaki daring, tapi ade yang jenis segan orang kata shy shy cat kan? Yang daring ni selalunya yang dah biasa bergaul dengan perempuan so senang je, terus je borak-borak macam dah lama kenal. Alang-alang tuh teros mintak no phone,'awak, jom tukar no phone, incase la kan ade pape'. Hah, easy kan? Tapi yang jenis segan-segan ni, perempuan tu lalu kat depan pon macam takde pape lagi. Haiz, tapi biasanya yang jenis segan ni akan comeout with great ideas on how to approach a girl. Good good, tapi macam mana ehh? Haha, zaman muda-muda dulu, aku tunggu kat satu lorong, perempuan ni selalu jalan cross lorong SABS tu. kat situ lah aku pas nota kecil warna perple kat dia, merah gila muka sebab tebal sangat tembok muka aku. Tu salah satu contoh la.

Lelaki ni setia ke? Macam nilah ya wahai sahabat-sahabat, lelaki sayang perempuan sama macam sayang kat mama dia IF only kalau dia yang start dulu approaching awak-awak orang. Tapi kalau awak orang yang tergedik mengorat, boleh kira la berapa lama bertahan k. Nak tahu sebab ape? Hee, tu rahsia lelaki, lelaki je tahu, kecuali aku dah kawin ;), aku bagitahu la bini aku nanti. Tapi hati-hati, tilik la jugak ya. Jangan terus percaya dan buta hati, manusia boleh berubah dalam masa 1 saat berfikir okay.

Kalau lelaki suka sangat text gf dia orang, kenapa ehh? Macam perempuan juga, lelaki perlu kasih sayang, perlu diberi perhatian. Cuma korang tak kan perasan sampai lah korang dah berpasangan dengan lelaki, barulah korang faham hati lelaki. Lelaki tak tunjuk la kat semua orang, tergedik-gedik macam perempuan( no offence ) sebab lelaki kan ego lebih sikit so kene lah cover macho. Tak salah korang reply msg tu, tapi kalau dah sampai ganggu hidup korang, kenelah berbincang okay, moga-moga tiada perbalahan dalam hubungan.

Tak semua lelaki yang mengongkong pasangan berbanding perempuan. Aku naik bosan baca post perempuan, yang nampak sangat mengongkong pasangan mereka. Lelaki memang tak suka kalau ade lelaki mengorat gf dieorang, tapi aku dah banyak tengok kes yang lelaki percaya kat gf dieorang dan benarkan gf dieorang berkawan ngan sapa-sapa yang dieorang suka. Baguskan?? bagus-bagus. Tapi perempuan, tak payah cerita lah, nanti korang ingat aku nak menangkan lelaki.

Aku malas betol nak tulis panjang-panjang, nak kuar dah ni.
Aku conclude lah.

mengikut pengalaman, lelaki suka sangat sort kan perempuan ni kepada dua kategori iaitu, perempuan yang boleh buat bini dengan perempuan just buat awek. Macam mana perempuan-perempuan ni punya spec?
-Perempuan buat bini:
  • malu-malu terutama ngan lelaki
  • ayu melayu
  • bertudung lengkap tutup aurat, bukan yang pakai tudung + baby t-shirt
  • bijak bergaul dan jaga batasan
  • beragama
  • bijak memilih pakaian bersesuaian dengan tempat
  • banyak lagi
-perempuan buat awek je
  • Pakai baju pon nak terkeluar semua benda
  • mostly freehair
  • yang gedik-gedik
  • yang selalu mulakan hubungan
  • Kaya dan boros
  • yang cantik dan murah
  • yang selalu bincangkan sex even dgn lelaki
korang jenis mana satu? fikir la sendiri okay.
jangan selalu salahkan lelaki bila diri sendiri tak pernah betul.

-Peace to the world.
Aiman